Thursday, February 25, 2010

Antara sabda Nabi tentang surah al-Fatihah adalah:
"Membaca Fatihah Al-Qur'an pahalanya seperti sepertiga Al-Qur'an".
"Surah Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya".
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin".

Sesiapa yang membaca surah ini dalam keadaan berwudhu'sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci, kemudian diminum, maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang tidak baik.
Antara khasiat surah Al-Fatihah:
 1) Untuk menjaga keselamatan diri:
Jika dibaca satu kali surah Fatihah, Ikhlas dan Mu'awwidzatain (al-Falaq dan an-Naas) sebelum tidur, Insya Allah akan terpelihara daripada segala yang dibenci kecuali mati.

2) Supaya bahagia dan selamat:
Jika dibaca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyyah subuh (yakni sebelum solat fardhu subuh) secara terus menerus, maka jika diidamkan pangkat keduniaan, Inya Allah akan berhasil, jika fakir akan kaya, jika berhutang dapat membayarnya, jika sakit akan sembuh, jika lemah akan kuat, jika merantau dapat kemuliaan dan ditakuti musuh, disukai oleh semua orang sama ada lelaki mahupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana.

3) Sebagai ubat dari segala penyakit:
Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a ketika Hassan bin Ali r.a sakit, Rasulullah s.a.w membaca surah al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali. Kemudian disapukan air itu ke muka, kepala, tapak kaki dan tangannya. Dengan pertolongan Allah beliau sembuh.

Selain itu, surah ini juga sering dijadikan pembuka bagi sesuatu majlis, ini bersesuaian dengan sabda nabi di atas iaitu
"Surah Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya" dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin", bermaksud sekiranya kita menginginkan  kelancaran dan keberkatan dalam majlis tersebut, maka niatkanlah sebagaimana yang kita inginkan tatkala membaca surah Fatihah itu.

wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment